Pengumuman

Semua gambar dalam blog Taman Azumy Linniey adalah hak milik sepenuhnya dari tuan blog. Sekiranya terdapat gambar yang bukan milik saya, saya akan linkkan kepada tuan punya gambar. Sila minta keizinan untuk mengambil sebarang gambar dalam blog ini. Terima kasih

Paling Hangat

Sunday, 26 April 2015

Rose Jepun Berkembangan


Assalamualaikum

Rose Jepun berkembangan pada hari ini. Jadi saya belanja gambar2 yang cantik2 buat pengunjung2 Taman Azumy Linniey




Jumpa lagi nanti. Selamat berhari minggu.

Wednesday, 15 April 2015

Beli keratan Rose Jepun secara online - Bahagian 4

Assalamulaikum.

Beli keratan rose jepun secara online. Beli buat kali ke-2 dari Nurul Sal. Pembelian pertama kali dari Nurul Sal telah saya ceritakan kat Beli keratan secara online - Bahagian 1.

Terima kasih Buat Nurul Sal. Kali nie banyak dapat keratan carnation. Sebelum nie dah beli tapi nak tambah lagi.


Keratan di dipos pada 13/04/2015 dan sampai ke tangan saya pada pagi 14/04/2015. Yeeaaayyy

Pasu nie akan di bawa ke Kota Jembal,Kelantan. Khas untuk abah saya.

Yang nie pulak untuk Taman Azumy Linniey. Semoga keratan-keratan nie hidup subur di taman kayangan milik Azumy Linniey.

Terima kasih sebab sudi singgah kat sini yew...

Beli keratan Rose Jepun secara online - Bahagian 3

Assalamualaikum

Beli keratan rose jepun secara online. Beli keratan buat kali ke-3. Beli dari nazliena.samsudin. Kenal beliau dari page Kelab Peminat Rose Jepun


Keratan yang saya beli ini dari koleksi Rose Jepun Jambul.


Gambar bunga rose jepun jambul di atas nie saya pinjam dari Nazliena Samsudin. Dari page Kelab Peminat Rose Jepun.


Tengah2 malam duk tanam keratan-keratan nie. Kena tanam cepat sebab takut rosak pulak kalau dibiarkan lama2. Yang nie saya tanam untuk di bawa balik ke kampung saya di Kota Jembal Kelantan. Abah saya request nak rose jepun jambul.


Yang ni pulak of course la untuk Taman Azumy Linniey. Jambul-jambul kena kongsi pasu.
Jumpa lagi nanti. Terima kasih kerana sudi singgah sini.

Beli keratan Rose Jepun secara online - Bahagian 2

Assalamualaikum

Beli keratan rose jepun secara online. Kali ke 2 beli dari Bluehoney Ena. Kenal beliau dari page FB Kelab Peminat Rose Jepun

Kali nie keratan di label mengikut nombor pulak. Dapat keratan gemuk2 dan masih segar. Dihantar menggunakan Pos Laju.

Cuci mata tengok kehijauan daun. Masih belum berbunga. Kena sabar ye. Keratan tanam bukan boleh terus berbunga. Ambil masa sedikit.