Pengumuman

Semua gambar dalam blog Taman Azumy Linniey adalah hak milik sepenuhnya dari tuan blog. Sekiranya terdapat gambar yang bukan milik saya, saya akan linkkan kepada tuan punya gambar. Sila minta keizinan untuk mengambil sebarang gambar dalam blog ini. Terima kasih

Paling Hangat

Sunday, 26 April 2015

Rose Jepun Berkembangan


Assalamualaikum

Rose Jepun berkembangan pada hari ini. Jadi saya belanja gambar2 yang cantik2 buat pengunjung2 Taman Azumy Linniey




Jumpa lagi nanti. Selamat berhari minggu.

Wednesday, 15 April 2015

Beli keratan Rose Jepun secara online - Bahagian 4

Assalamulaikum.

Beli keratan rose jepun secara online. Beli buat kali ke-2 dari Nurul Sal. Pembelian pertama kali dari Nurul Sal telah saya ceritakan kat Beli keratan secara online - Bahagian 1.

Terima kasih Buat Nurul Sal. Kali nie banyak dapat keratan carnation. Sebelum nie dah beli tapi nak tambah lagi.


Keratan di dipos pada 13/04/2015 dan sampai ke tangan saya pada pagi 14/04/2015. Yeeaaayyy

Pasu nie akan di bawa ke Kota Jembal,Kelantan. Khas untuk abah saya.

Yang nie pulak untuk Taman Azumy Linniey. Semoga keratan-keratan nie hidup subur di taman kayangan milik Azumy Linniey.

Terima kasih sebab sudi singgah kat sini yew...

Beli keratan Rose Jepun secara online - Bahagian 3

Assalamualaikum

Beli keratan rose jepun secara online. Beli keratan buat kali ke-3. Beli dari nazliena.samsudin. Kenal beliau dari page Kelab Peminat Rose Jepun


Keratan yang saya beli ini dari koleksi Rose Jepun Jambul.


Gambar bunga rose jepun jambul di atas nie saya pinjam dari Nazliena Samsudin. Dari page Kelab Peminat Rose Jepun.


Tengah2 malam duk tanam keratan-keratan nie. Kena tanam cepat sebab takut rosak pulak kalau dibiarkan lama2. Yang nie saya tanam untuk di bawa balik ke kampung saya di Kota Jembal Kelantan. Abah saya request nak rose jepun jambul.


Yang ni pulak of course la untuk Taman Azumy Linniey. Jambul-jambul kena kongsi pasu.
Jumpa lagi nanti. Terima kasih kerana sudi singgah sini.

Beli keratan Rose Jepun secara online - Bahagian 2

Assalamualaikum

Beli keratan rose jepun secara online. Kali ke 2 beli dari Bluehoney Ena. Kenal beliau dari page FB Kelab Peminat Rose Jepun

Kali nie keratan di label mengikut nombor pulak. Dapat keratan gemuk2 dan masih segar. Dihantar menggunakan Pos Laju.

Cuci mata tengok kehijauan daun. Masih belum berbunga. Kena sabar ye. Keratan tanam bukan boleh terus berbunga. Ambil masa sedikit.

Beli keratan Rose Jepun secara online - Bahagian 1

Assalamualaikum

Beli keratan rose jepun secara online. Pertama kali saya beli keratan dari FB Nurul Sal. Saya kenal beliau di dalam satu page Kelab Peminat Rose Jepun


Keratan dihantar menggunakan perkhidmatan Pos Laju. Memang puas hati sebab keratan2 ini masih segar lagi.Seller akan sentiasa asing2 kan keratan2 untuk memudahkan buyer menanam keratan tersebut. Di kertas tu akan ditulis nama bagi setiap keratan bunga.. Awesome.......................
Keratan-keratan bunga telah pun di tanam dalam pasu.Sudu tu untuk tulis nama setiap bunga. Sudu tu sementara je letak kat situ. Nanti bila keratan dah bercambah boleh asingkan dalam pasu2 yang berlainan dan label terus kat pasu bunga. Senang skit.


Carnation peach, putih, ungu dan merah dah kembang. Tapi sayang gambar ni di ambil pada waktu petang. Nak wat macam mana kan. Saya nie org yg bekerja jadi weekend je la nak cuci mata tengok bunga2 berkembangan


Anak-anak cepat membesar ye mama dah x sabar nak tengok kamu hidup subur dan gemuk2. Hehehehe

Jmpa lagi. Terima kasih kerana sudi singgah Taman Azumy Linniey

Rose Jepun Pertama Di Taman Azumy Linniey

Assalamualaikum

Masa kecik2 lagi saya memang dah tertarik dengan bunga rose Jepun atau kembang pukul sepuluh nie. Subhanallah indah sungguh ciptaan Allah swt. Tepat pukul 10 pasti bunga2 ini akan mengembang.

Keratan pertama saya perolehi dari ibu mertua saya. Ibu mertua saya rajin menanam bunga tapi bunga yang sangat disukai mak mertua saya ialah bunga orkid. 

Saya minta sedikit keratan dari ibu mertua dan tanamkan di dalam pasu. Dengan beberapa batang keratan sahaja ianya dah bercambah, tengok aje gambar di bawah ini. 




Nama Tempatan  :bunga ros jepun
Nama Saintifik :Portulaca Grandiflora
Nama Lain      :bunga kembang petang, bunga pukul sepuluh,moss 
                rose,rose moss,sun plant,japanese rose
Famili         :Portulaceae
Lokasi dijumpai:Tumbuhan hiasan
Asal           :tumbuhan tempatan

keterangan:

Ros jepun merupakan sejenis tumbuhan hiasan yang digemari ramai kerana bunganya yang menarik dan penjagaannya yang mudah. terdapat pelbagai warna ros jepun antaranya pink, light pink, pink batik  merah, peach, oren, oren batik, ungu, kuning, putih dan tisu Ia mudah membiak melalui keratan batang. Mudah sahaja cara penanamannya. Ia akan mengeluarkan bunga yang banyak jika mendapat pendedahan kepada cahaya matahari secara terus. Bunganya akan kembang  pada pukul 10-11 pagi.

Selamat Datang Ke Taman Azumy Linniey

Assalamualaikum

Bertemu lagi kita di sini. 

Blog Taman Azumy Linniey ini dicipta untuk merealisasikan impian saya untuk memiliki sebuah taman mini.

Memanfaatkan tanah sekangkang kera di halaman rumah. Supaya dengan kehadiran bunga2 yang akan mewarnai taman ini akan memberikan kesegaran ke penduduk di taman perumahan saya.

Jumpa lagi