Pengumuman

Semua gambar dalam blog Taman Azumy Linniey adalah hak milik sepenuhnya dari tuan blog. Sekiranya terdapat gambar yang bukan milik saya, saya akan linkkan kepada tuan punya gambar. Sila minta keizinan untuk mengambil sebarang gambar dalam blog ini. Terima kasih

Paling Hangat

Wednesday, 15 April 2015

Rose Jepun Pertama Di Taman Azumy Linniey

Assalamualaikum

Masa kecik2 lagi saya memang dah tertarik dengan bunga rose Jepun atau kembang pukul sepuluh nie. Subhanallah indah sungguh ciptaan Allah swt. Tepat pukul 10 pasti bunga2 ini akan mengembang.

Keratan pertama saya perolehi dari ibu mertua saya. Ibu mertua saya rajin menanam bunga tapi bunga yang sangat disukai mak mertua saya ialah bunga orkid. 

Saya minta sedikit keratan dari ibu mertua dan tanamkan di dalam pasu. Dengan beberapa batang keratan sahaja ianya dah bercambah, tengok aje gambar di bawah ini. 




Nama Tempatan  :bunga ros jepun
Nama Saintifik :Portulaca Grandiflora
Nama Lain      :bunga kembang petang, bunga pukul sepuluh,moss 
                rose,rose moss,sun plant,japanese rose
Famili         :Portulaceae
Lokasi dijumpai:Tumbuhan hiasan
Asal           :tumbuhan tempatan

keterangan:

Ros jepun merupakan sejenis tumbuhan hiasan yang digemari ramai kerana bunganya yang menarik dan penjagaannya yang mudah. terdapat pelbagai warna ros jepun antaranya pink, light pink, pink batik  merah, peach, oren, oren batik, ungu, kuning, putih dan tisu Ia mudah membiak melalui keratan batang. Mudah sahaja cara penanamannya. Ia akan mengeluarkan bunga yang banyak jika mendapat pendedahan kepada cahaya matahari secara terus. Bunganya akan kembang  pada pukul 10-11 pagi.

2 comments:

Yumida Huda said...

oh ini rupanya pokok jepun tu
masa kecik2 dulu byk tanam kat umah
skrg jarang jumpa bunga ni
kalau ada nak jugak tanam kat rumah
bunga dia cantik dgn macam2 kaler

Linniey Ali said...

yumida nak ke? klu nak lini boleh hantar tp x byk la.....